Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAGC Vital Country's Progress (Malay)

            Suatu entiti berperlembagaan yang dibayangkan oleh bapa pengasas Perlembagaan Brunei [pernyataan tujuan mengenai kesaksamaan dan komponen utama Negara berdaulat, terikat di sisi undang-undang dengan surat cara penubuhannya] Peguam Negara berkewajipan di bawah perlembagaan untuk menasihati tentang segala perkara undang-undang yang berhubungkait dengan hal ehwal Negara Brunei Darussalam yang dirujukkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atau Kerajaan.  Dengan yang demikian, menjadi kewajipan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk memberi nasihat perundangan yang mungkin melibatkan pengambilan tindakan undang-undang bagi pihak Kerajaan (sekalipun sivil dan/atau jenayah); untuk mengekalkan status quo, dengan mengambil kira sebarang komitmen antarabangsa yang kita mungkin mempunyainya, dan menggubal undang-undang yang difikirkan perlu sesuai dengan perubahan masa, selaras dengan dasar, wawasan dan juga aspirasi negara.

            Pada awal tahun 1950-an, perkara-perkara perundangan Negeri dikendalikan oleh Penasihat Undang-Undang Sarawak.  Sejak 29hb September 1959, terdapat enam lantikan ke jawatan Peguam Negara, termasuk wanita pertama Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati Binti POKSDSP Haji Mohd Salleh yang sekarang ini memegang jawatan tersebut.  Pada tanggapan awalnya, ia bermakna dari segi sejarah, lebih-lebih lagi nyata dengan kegigihan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan yang tidak kendur-kendur, dalam memastikan kedaulatan Negara dan hak-hak rakyat Baginda dipenuhi mengikut dasar-dasar yang dirancang dan dilaksanakan dengan teliti dalam rangka perundangan yang di bawahnya ia berkuat kuasa.  Lebih tepat lagi sesuai dengan visi dan misi Pejabat Peguam Negara adalah untuk memelihara dan mendukung kedaulatan undang-undang bagi kestabilan dan kemakmuran negara.

            Peranan Pejabat Peguam Negara memang difahami mencabar dan lagi penting dalam perkembangan dan pembangunan organisasi.  Kami bangga dapat melaksanakan kewajipan kami dan lebih utama lagi, menyumbang ke arah kemajuan negara secara keseluruhannya. Dalam melaksanakan tugas-tugas terasnya, organisasi memerlukan tulang belakang pentadbiran yang dinamik untuk memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan tersebut.  Tidak disangsikan lagi, semua yang dilakukan ini sentiasa mendukung sifat-sifat murni aspirasi negara Melayu Islam Beraja, dan tetap berpegang teguh dan setia kepada sifat-sifat murninya.

            Sebagai penasihat utama kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, Peguam Negara menjalankan kewajipan-kewajipannya melalui bahagian-bahagian yang ditubuhkan di dalam AGC sejak tahun 1996.  Kecuali Pejabat Pendaftaran Syarikat dan Nama Perniagaan dan Pejabat Pendaftaran Harta Intelek yang sejak itu masing-masing telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan dan EIDPMO, setiap bahagian yang sedia ada telah menjalani banyak perubahan penstrukturan semula sejak beberapa tahun untuk menjajarkannya dengan sewajarnya, iaitu Bahagian Penggubalan dan Penyelidikan, Bahagian Keadilan Jenayah, Bahagian Sivil dan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa.  Lagi pun jelas, usaha bersama AGC untuk memberikan nasihat perundangan yang berkualiti tinggi adalah selaras dengan Rancangan Strategik AGC 2012-2017.

            Pada masa ini, hal ehwal semasa menentukan pembaharuan ekonomi dan ia telah bermula.  Menjadi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan untuk memastikan negara kita tidak ketinggalan dalam melaksanakan pembaharuan untuk tujuan memajukan ekonomi.  Perkara tersebut telah ditekankan dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dalam kalangan organisasi Kerajaan hendaklah melaksanakannya.  AGC akan terus memudahkan pembaharuan yang dicadangkan itu dengan usaha yang sewajarnya dan memastikan bahawa rangka perundangan disediakan dengan berkesan untuk menjalankan pelaksanaan dasar yang difikirkan perlu.

            Pembaharuan ekonomi dengan tujuan untuk menggalakkan persekitaran pro-perniagaan, inisiatif menjana pendapatan dan kemapanan adalah menjadi keutamaan dan banyak undang-undang telah diluluskan dan kemungkinannya akan terus dipertimbangkan dari semasa ke semasa bagi memudahkan dan menyesuaikannya dengan perubahan tersebut untuk kebaikan masyarakat seluruhnya.  Antara kriteria yang diberikan tumpuan adalah pembaharuan ke arah Kemudahan Menjalankan Perniagaan di Negara Brunei Darussalam yakni Ease of Doing Business in Brunei Darussalam (EODB).  AGC akan terus memberikan sokongan dalam membantu Jawatankuasa Pandu 'Penggerak' untuk mencapai matlamat negara.

            Malah lebih penting lagi adalah kewajipan untuk memastikan bahawa sebarang pembaharuan bagi perkara itu tidak menggendalakan kepentingan utama negara bagi memastikan bukan sahaja kestabilan dari perspektif ekonomi, tetapi juga untuk mengimbangi aspek sosio-politik negara kita pada keseluruhannya.  AGC akan berusaha untuk mempertahankan prinsip-prinsip teras untuk tujuan ini dan akan berfungsi seperti cara ia memberikan nasihat undang-undang kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.  Perjalanan yang tidak berpenghujung ini mungkin diihat oleh kebanyakan orang sebagai tugas sukar yang tidak berkesudahan, dan memang benar demikian.  Walau bagaimanapun, kemajuan sememangnya dicari selaras dengan usaha dan azam yang tiada henti-henti.  Kuncinya ialah kemapanan dan dengan faktor itulah kami berusaha untuk mencapainya.  Dengan berkat daulat dan niat ikhlas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dan dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua, negara kita mudah-mudahan diberkati dan terus menikmati keamanan dan kemakmuran untuk selama-lamanya.